hari ni, aku menghadiri kelas taqrir ustaz yaidi. aku agak lambat sikit sebab perut aku diserang rasa sakit yang boleh aku kira agak tak boleh tahanlah. tapi aku cuba tetap hadirkan diri ke kelas walaupun aku tahu, aku lambat hampir dekat setengah jam lamanya. aku masuk kelas. malangnya aku dah tertinggal hampir separuh butiran subjek tu. aku mengeluh kesedihan. ruginya. namun aku yakin pasti ada hikmat. aku bersyukur hari ni, aku dapat hantar tugasan subjek tu lepas je kelas tamat. alhamdulillah. aku bersyukur sangat-sangat. waktu aku nak hantar tugasan tu, aku tiba-tiba teringat soalan yang aku nak tanya. aku mulanya teragak-agak. yelah, aku risau kalau soalan aku tu bukan bidang pengetahuan ustaz tu. bila aku teringat balik, aku yakinkan jugak diri aku untuk bertanya. soalan aku bunyinya begini,
"ustaz, kalau orang menyamakan kita dengan binatang yang haram, adakah haram bagi orang yang menggelar tu untuk menyentuh kita?"
hakikatnya, aku ragu-ragu dengan penyataan senior mengatakan bahawa haram bagi seseorang tu menyamakan saudara muslimnya dengan benda yang haram. aku tertanya-tanya sampai saat aku bertanya dengan ustaz yaidi. akhirnya ustaz yaidi bantu aku menjawab soalan aku tadi.
penjelasannya lebih kurang begini...
"sebenarnya, ia bergantung pada akhlak orang yang menggelarnya, sekiranya si penggelar tu masih tak berubah, maka kita jauhkanlah diri kita daripada orang tu. sekiranya orang tu dah bertaubat, maka tu tak jadi satu masalah buat kita untuk terus berkawan dengan orang tu."
aku tanya lagi, bagaimana pulak dengan kes hamba ALLAH ni, dia telah dilamar oleh seorang lelaki, malangnya berlaku perselisihan faham yang berpunca daripada lelaki tersebut yang menyebabkan si lelaki menggelar si perempuan dengan panggilan 'babi'? tenang sahaja jawapan ustaz.
"sekiranya si lelaki tu masih tak berubah, janganlah menikahi orang yang tidak menjaga akhlaknya, dikhuatiri akan menambahkan lagi keburukan selepas menikah. barangkali ALLAH nak tunjukkan perangai sebenarnya sebelum kita bernikah dengannya. jadi kalu dia masih tak bertaubat, eloklah dijauhkan. tapi bab boleh sentuh ke tak, tu tak jadi masalah, tak haram pun, cuma rasulullah sendiri tak pernah menyamakan seseorang tu dengan sesuatu benda apatah lagi yang haram. jadi ini tidak melibatkan soal fiqh, cuma soal akhlah je. lainlah kalau si lelaki tu menyumpah pada perempuan tu."
lantas aku menceritakan bahawa si lelaki itu pernah menyumpah bahawa tidak akan menikahi si perempuan tersebut.
dengan tenang dan lembut intonasinya, ustaz yaidi menjawab.
"kalau si lelaki tu dah bersumpah, maka si perempuan tu tak boleh dinikahi. ni barulah melibatkan soal fiqh. sekiranya pernikahan tu masih mahu diteruskan, si lelaki wajib membayar kifarah sebab sumpah bukan perkara yang boleh dibuat mainan. sekiranya nak jugak bernikah, laki tu kena bayar kifarah, barulah pernikahan boleh diteruskan. tapi seeloknya, tak perlulah bernikah orang yang tidak menjaga adab sesama muslim apatah lagi bila dia mampu mengeluarkan kata-kata yang mampu menyakitkan hati orang lain. jauhilah daripada orang tersebut."
baru aku tahu. akhirnya, persoalan aku yang selama ni gantung tanpa jawapan terjawab jugak. kiranya aku boleh simpulkan bahawa, sekiranya ada orang yang mennggelar kita dengan gelaran yang tidak elok dan orang tersebut tak mahu berubah, eloklah dijauhkan daripada orang tersebut. sekiranya dia sudah bertaubat, maka kita sebagai seorang muslim wajib memberi sokongan agar dia terdorong untuk menjaga lidahnya(kata-kata). namun apabila tiba soal penikahan, jika salah seorang daripada pasangan itu memanggil pasangannya dengan panggilan yang tidak elok dan tidak berubah, maka si pasangan yang digelar dengan gelaran tertentu sebaiknya menjauhkan dirinya. terimalah diri pasangan tu andai kata dia telah bertaubat. namun apabila si pasangan itu telah melafazkan sumpah, jangan lah diteruskan pernikahan tersebut. hal ini kerana melafazkan sumpah merupakan isu yang melibatkan fiqh dan sekiranya pernikahan itu masih mahu juga diteruskan, wajiblah membayar kifarah. kesimpulan lain pulak, dalam ghairah ingin mendirikan rumah tangga, hendaklah kita mencari pasangan yang mempunyai ciri-ciri yang telah dinyatakan dalam hadis nabi. maksud hadis,
"dinikahi wanita itu atas empat perkara, kerana hartanya, kerana nasabnya, kerana rupanya, dan keran agamanya. pilihan yang beragama, nescaya berbahagialah kamu."
dari hadis ni, meskipun dia menyebut pilihlah wanita, namun boleh sahaj diaplikasikan hadis ini untuk memilih suami. bukan lelaki sahaja yang diberi pilihan, wanita juga memiliki hak untuk memilih. jika tidak, apa sebab sebelum meneruskan pernikahan, wali perlu bertanya kepada anak perepuannya sama ada bersetuju atau tidak walaupun wali itu adalah taraf mujbir, kiranya ayah ataupun adik-beradik lelaki kandung. tambahan lagi, rasulullah turut menekankan bahawa sekiranya pasangan itu tidak memilik kesemua ciri-ciri yang termaktub dalam hadis, maka pilihlah yang beragama. memiliki agama yang dimaksudkan dalam hadis ialah, mampu membimbing pasangannya dalam proses membina rumah tangga. pentingnya agama ini dalam memastikan baitul muslim terbina kukuh untuk dunia dan akhirat. sekiranya seseorang itu memilih pasangannya kerana agamanya, maka tiada apa yang perlu dikhuatirkan kerana pada hakikatnya dia telah memiliki pakej yang lengkap. jadi, khulasahnya, pilihlah pasangan hidup berdasarkan yang termaktub dalam hadis. :)
0 comments:
Post a Comment