Pages

quotations...

we are us who know how to manage our lifes and everything is about getting the solutions for the problems....

Thursday, May 24, 2012

ibarat lolipop yang dicemari pasir...

apa yang kita tahu tentang menutup aurat? mesti terlintas di fikiran kita, pakai baju yang menutup sahaja dan pakai tudung. tapi pernah tak kadang-kadang terlintas di fikiran kita apa sebab kita disuruh menutup aurat. mungkin bagi sesetengah individu yang wara', pasti mampu menjawab soalan ni seterusnya mengeluarkan beberapa baris ayat al-quran berkaitan dengan ini. saya ni bukanlah hafizah quran nak bagi dalil-dalil yang mantap... saya lebih suka bagi sesuatu yang bersifat praktikal dan lebih menggunakan pendekatan secara logik akal, atau dalam erti kata lain analogi. pandangan saya, penyampaian atau dakwah secara beranalogi itu lebih sesuai khususnya untuk masyarakat bukan ISLAM. takkanlah kita nak bagi dalil selepuk begitu kat diorang. silap hari bulan, diorang tak ada niat langsung nak masuk ISLAM kerana mereka pasti akan berpendapat ISLAM itu sukar dihayati. mesti kalian nak tahu macam mana cara nak bagi kefahaman kepada orang bukan ISLAM tentang kepentingan aurat ni, kan... bagi yang dah tahu dan terbaca blog saya ni, rasanya boleh kongsilah dengan sahabat-sahabat. 


dalam novel tautan hati karya fatimah syarha, saya pernah terbaca perbezaan di antara wanita yang menutup aurat dengan wanita yang tidak menutup aurat ni. wanita yang menutup aurat diibaratkan seperti jam yang ditutup dengan kain manakala wanita yang tidak menutup aurat ni diibaratkan seperti jam yang terdedah menjadi pameran untuk semua pengunjung. cuba kita fikir semula apa hikmah yang cuba disampaikan kat sini ya. logiknya jam yang ditutup tu pasti dijaga dengan rapi, dibersihkan sentiasa, serta harganya mahal. bagaimana pula dengan jam yang terdedah tadi? hm, keadaannya pasti kita tak suka dan kita pasti akan mencari jam yang lebih elok lantaran jam yang terdedah tadi sudah kelihatan pudar dan barangkali sudah rosak, menunggu masa untuk dibuang, dan sudah pasti ia tersangatlah murah. begitulah sahabatku dengan halnya aurat. sekiranya wanita itu menjaga auratnya, pasti setiap inci tubuhnya dipelihara ALLAH dan DIA melindungi wanita itu dengan sebaik-baiknya. sebabnya, maruahnya lebih tinggi daripada insan yang lain. wahai wanita yang sentiasa mempamerkan auratnya, ingatlah bahawa ALLAH membenci malah mengazabkanmu dengan azab yang tidak mampu kita tahan. 70000 tahun bukanlah satu masa yang sekejap wahai sahabatku sayang. saya pun sedar saya tidaklah secantik mana mahupun wara' sangat. saya hanyalah hamba ALLAH yang biasa-biasa sahaja. nasihat saya ni bukanlah sekadar untuk kalian, bahkan untuk saya juga.

"kalau tak tayang kecantikan kita, lelaki tak pandanglah. macam mana nak bernikah nanti,"
satu lagi persepsi wanita zaman kini yang kononnya open minded dengan alam sekeliling. hakikatnya, aurat tetap aurat! firman ALLAH dalam kitab-NYA yang mulia menyatakan bahawa,

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59) 
fahamilah, betapa tingginya darjat wanita yang menjaga auratnya dengan sebenar-benar penjagaan. soal lelaki pandang atau tidak, jangan risau. ALLAH dah tetapkan kalian jodoh yang setaraf dengan kalian. kalau berhajatkan yang soleh, cubalah jadi yang solehah. kalau nak mas kahwin perjuangan di atas jalan-NYA, bersungguh-sungguhlah berjuang seperti zainab al-ghazali yang tabah diseksa oleh kerajaan mesir. eh, lari tajuk kejap... hehehe... barbalik-balik kepada isu pilihan hati ni... hakikatnya lelaki sendiri pun inginkan yang berharga daripada wanita. masakan dia mahukan wanita yang sentiasa mendedahkan auratnya di khalayak ramai. sekali lagi saya ingin memberi analogi, saya dah lupa daripada siapa, tapi yang pasti saya dapat analogi ni waktu semester akhir asasi saya di uiam petaling jaya. ada seorang hamba ALLAH ni, suatu hari dia disoal oleh seorang non-muslim tentang kepentingan bertudung serta menutup aurat. puas jugak si hamba ALLAH tu fikir. ditakdirkan, dia ada bawak dua batang lolipop. satu lolipop dibuka bungkusannya, satu lagi masih berbungkus elok. dia menjatuhkan kedua-dua lolipop tu di atas pasir. 

kelihatan, lolipop yang terdedah tu terpalit dengan pasir, manakala yang satu lagi masih elok sahaja. dia tanya kat non-muslim tu, yang mana satu akan dipilih. fitrah manusia, pasti menginginkan yang bersih dan membenci yang kotor. begitulah halnya. indah bukan menutup aurat ni. mudah sahaja sahabat. kalian tidak semestinya bertudung labuh mahupun berjubah setiap masa serta berpurdah. tetapi, pakailah alas kepala yang menutup dada, mengenakan pakaian yang syar'i, yakni tidak menampakkan warna kulit serta tidak ketat sehingga tertayang perkara yang sepatutnya ditutup.

"tapi kitorang yang tak tutup aurat ni tak semestinya jahat, kami tak pernah tinggal solat lima waktu,"
benarkah tak semua yang mendedahkan aurat itu mempunyai hati yang jahat? pada saya, sedangkan yang menutup aurat itu tidak mampu dijaga, sahabatku janganlah mengaku diri kalian itu baik-baik walaupun tidak menjaga aurat. kepada yang berusaha untuk memelihara auratnya, tetapi ibadahnya masih terumbang-ambing, jangan risau, kalian pasti akan dibimbing ALLAH berwasilahkan sahabat mahupun orang yang berilmu dalam membawa anda ke jalan yang benar. 

kesimpulannya, sahabat, peliharalah auratmu, kerana auratmu itu pinjaman daripada ALLAH. nasihat ini, bukan sekadar untuk kalian, bahkan untuk saya juga...  ingatlah!!! KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA... 

Thursday, May 17, 2012

ALLAH nak tunjukkan sesuatu... :)




firman ALLAH dalam surah al-baqarah, ayat 216:
كتب عليكم القتال وهو كره لكم، وعسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم، وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم، والله يعلم وأنتم لا تعلمون 
saya selalu set in mind, barangkali apa yang kita suka belum tentu akan menjadi kebaikan untuk kita, manakala apa yang kita benci tu belum tentu akan menjadi kebaikan buat kita. kadang-kadang saya terfikir, apakah benar kalau kita sukakan sesuatu perkara tu, adakah akan berkekalan kebaikannya? atau, adakah kalau kita bencikan sesuatu perkara tu, adakah akan berterusan keburukannya? belum tentu!!! sebenarnya, saya nak berkongsi sedikit tentang apa yang saya alami dan daripada apa yang saya peroleh daripada luahan hati seorang hamba ALLAH ni yang berasal dari selatan tanah air; johor. satu hari dia mengadu dengan saya, ceritanya begini...
akak, amir(bukan nama sebenar) sebenarnya mengalami masalah susah nak lupakan seorang perempuan ni. amir cuba untuk lupakan dia, malangnya amir tak boleh. amir tahu dia dah tak ada kat dunia ni, tapi amir tak boleh elak untuk terus mengingati dia.
maksud dia tu ialah tunangnya. saya terkesima sebentar. saya tak sangka, masih ada lagi individu yang menahan dirinya agar tidak jatuh cinta dengan orang lain lantaran amat menyayangi insan yang telah tiada. saya  kagum kerana setianya, tapi secara peribadi, saya kurang setuju dengan penantiannya lantaran barangkali ALLAH lebih menyayangi insan tersebut dan tidak mahu hamba-NYA melakukan perkara yang dimurkai. bagi saya, sahabat saya ni mungkin belum lihat hikmah yang tersembunyi. hakikatnya, seperti dalam firman ALLAH di atas, kematian orang yang kita sayang tu janganlah dijadikan satu penghalang untuk kita meneruskan kehidupan. siapa yang menginginkan kehilangan insan yang tersayang? saya pun tak terkecuali. namun, sekali-sekala saya inging mengajak para pembaca berfikir sejenak. 

okey, ditakdirkan setelah kita dapat bernikah dengan orang yang kita nakkan sangat tu, rupa-rupanya dia tidak sebaik yang kita sangkakan, malah lebih memburukkan keadaan apabila dia akan memberi mudharat kepada kehidupan kita di masa akan datang. walhal orang yang kita pada awalnya menyangkakan dia tu tidaklah sebaik yang disangka, tetapi itulah yang memiliki kelebihan yang kita inginkan... pada saya tidak salah kita meminati seseorang dan cuba setia dengannya, tapi kadang-kala kita kena ingat bahawa ALLAH hakikatnya nak menguji kita dengan kehadiran seseorang yang kita tak tahu perangai sebenarnya. kita sukakan dia meskipun dia dah tak ada di muka bumi ni. kita minat dia gila-gila sebab kita tak nampak langsung kelemahan dalam dirnya. pendek kata, bagi kita orang yang kita minat tu sangat sempurna!!! perfect, tip-top!!!

saya nak kongsi pulak kisah saya yang pernah meminati seseorang ni. saya mula meminatinya sejak ada satu peristiwa berlaku dalam hidup saya yang memerlukan sokongan moral. pada saat tu, hamba ALLAH tu pun hadir memberi sokongan. serta-merta, saya minat kat dia. dan saya mula menaruh hati kat dia sampaikan saya simpan dalam minda saya, jangan alihkan hati dekat orang lain. hanya 'dia' je yang perlu saya minat, sayang, dan cinta. dipendekkan cerita, ALLAH gerakkan hati saya untuk berjumpa dengan principal mahallah saya. saya cerita semuanya kat principal dari a sampai z. madam sekadar tersenyum lantas beliau memberikan doa yang diamalkannya sejak berada di universiti lagi.
ربنا ما خلقت هذا باطلا، سبحانك فقنا عذاب النار
ni saya ambik dari surah ali 'imran ayat 191. maksudnya, "tuhan kami, KAU telah menjadikan (perkara) ini tiadakan sia-sianya, maha suci ENGKAU maka hindarilah kami dari 'azab api neraka"

indah, kan? bayangkan lepas je saya amalkan doa ni, beberapa minggu setelah tu lenyap sudah rasa minat saya terhadap 'dia' tu. ALLAH nak tunjukkan bahawa kalau saya suka perkara tu, mungkin 'dia' akan memudharatkan saya pada masa akan datang. jadi, alhamdulillah, ALLAH telah memanggil saya untuk kembali ingat pada-NYA, bukan pada'nya'. 

sukacita saya nak cakap kat sini, kepada insan-insan yang masih mencintai orang yang telah tiada, ingatlah kalian sebenarnya telah menyekat fitrah kalian untuk melepaskan perkara lain dalam hidup kalian. jangan toleh ke belakang, hadapilah ke hadapan supaya kalian dapat merasai nikmat ALLAH. lagi satu, jika kalian menyimpan kesetiaan terhadapnya, hakikatny perkara yang kalian sukakan itu, yakni kesetiaan hakikatnya telah memberi mudharat, iaitu anda terhalang untuk mengecapi kebahagiaan seterusnya telah mengkibatkan ramai yang terluka dengan perilaku, kata-kata, dan perbuatan kalian. fikirlah, elakkanlah daripada terus menjadi individu yang mementingkan diri. bukankah ada yang lebih baik akan ALLAH sediakan untuk kalian. nasihat ini bukanlah untuk kalian semata-mata, bahkan untuk saya juga. berlapang dadalah. terimalah ketentuan ILAHI dengan minda dan hati yang tidak menyalahkan-NYA serta tidak menyekat fitrah kalian.



Friday, May 11, 2012

yakin dengan ALLAH...

inilah sahabat seprjuangan aku... :)
alhamdulillah, bermula detik 4.30 petang, maka berakhirlah secara keseluruahnnya peperiksaan semester akhir di pusat asasi universiti islam antarabangsa kampus petaling jaya. kampus asasi di gombak saya tak pasti. tapi bukan itu yang saya nak highlightkan, cuma saya macam nak tahu apakah tindakan kalian seterusnya untuk menghabiskan cuti-cuti malaysia kalian di rumah tercinta. bagi yang akan bekerja sambilan di tempat-tempat pilihan, semoga berjaya menjana pengalaman serta menjana wang poket anda. saya amat kagum dengan kesungguhan para sahabat dalam menimba ilmu. saya dengar ada yang berhajatkan double major, tak kurang jugak ada yang berhajatkan major dan minor. tak kurang juga, ada yang tamak na'uzubillah, nak ambil bermajor-major. ha, dahsyatkan. betapa tingginya cita-cita para sahabat. 

cuma saya dengan suka hati nak berkongsi, ingatlah bahawa jika dalam hati kita mempasakkan keyakinan kita kepada ALAH subahanahu wata'ala, maka tidak perlu takut kalau lepas keluar universiti nanti, kita takkan dapat kerja. dan saya nak bagi sedikit dorongan buat sahabat yang mengaji di aliran sastera. saya sekadar ingin berkongsi sahaja, tiada berniat untuk bias dengan sesiapa. saya nak kongsi sedikit dengan kalian, macam mana saya boleh masih thabat atas landasan untuk mengambil bahasa arab sedangkan saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang islamic finance atau aerospace engineering, dan saya juga mendapat tawaran kursus profesional dalam bidang undang-undang. semuanya ditaja. tapi saya tolak kerana, bukankah UIAM itu lebih baik? lagipun tak semestinya duduk di luar mampu membezakan darjat antara pelajar-pelajar universiti. tak semestinya!!! 

oh, ya. tentang saya yang memilih bahasa arab ni, asalnya mendapat tentangan daripada keluarga. ibu saya, beliau sentiasa memberi sokongan tanpa berbelah bahagi lantaran beliau tahu adik-beradik saya yang lain lebih menyukai bidak realistik, kejuruteraan. saya pun hakikatnya begitu, tapi, i love to make some differences! saya sukakan cabaran dan kelainan, dan saya memilih itu. muktamad. sewaktu saya memilih bahasa arab, saya mendapat kata-kata pedas daripada abang yang paling saya rapat, bangah. dia cakap,
"tak payahlah ambil bahasa arab. bukannya pergi mana-mana pun. duduk berangan je,"
saya diam, tapi saya tekad nak ambil jugak. saya tak kira. sebab seawal tadika dulu, saya disetkan dalam minda saya bahawa, yakinlah dengan ALLAH, DIA pasti akan membantu hamba-NYA. saya pegang kata-kata tu sampailah saya besar sekarang. saya sedih jugak dengan statement tu, tapi saya tetap teruskan jugak cita-cita saya yang berhajat untuk menjadi seorang penterjemah bahasa arab. 

sampai je UIA, pusat asasi, saya dihidangkan dengan soalan yang pada pandangan saya orang tu suka memandang rendah terhadap pelajar yang beraliran sastera. soalan dia begini,
"ambik arts? ada future ke?"
kalau saya tak fikirlah dia tu anak orang lain, bukan berbintikan muhamad amin, dah lama saya tampar dia. tapi saya fikir balik, tindakan saya itu bukanlah tindakan orang ISLAM, jadi saya telan jelah kata-kata laser pelajar tersebut. satu malam, saya terfikir, macam mana ilmu sains itu boleh terlahir? saya cuba hadam persoalan tu. then, saya kaitkan dengan sastera. benda tu memang ada kaitan. masakan tidak, macam mana boleh lahirnya ilmu sains tanpa pergantungan sepenuhnya terhadap ilmu sastera. bayangkan, al-quran yang diturunkan untuk kita tu seorang pun tak faham isi dalamnya, walhal kitab itu syumul, sempurna, bahasanya cukup indah. pelbagai bentuk ilmu ada dalam tu. jadi, saya nak tanyalah kepada pembaca sekiranya tiada ahli bahasa yang boleh menterjemahkan al-quran tu, masakan ilmu sains boleh berkembang? kita tengok para cendikiawan zaman kemajuan ISLAM, mereka akan menguasai sastera terlebih dahulu, iaitu falsafah setelah itu barulah mereka revealed ilmu sains. kemudian barulah berkembang. 

setelah beberapa tahun kemudiannya, ilmu sains mula mendapat perhatian dunia. manakala ilmu sastera seakan-akan tidak laku lagi. dan telah menjadi satu kebiasaan bagi kebanyakan ibu bapa yang acapkali menggalakkan anak-anak mereka mengambil bidang sains. masakan tidak, they want the best for their children, sampaikan terkeluar ayat, jangan ambil sastera, nanti nak dapat kerja susah. itulah fanomena yang terjadi. na'uzubillah. sedihkan. sepatutnya persepsi sedemikian tak boleh ada dalam minda individu. buat sahabatku yang ambil sastera, usahalah. buktikan kepada masyarakat awam bahawa sastera amat perlu untuk membangunkan negara serta ISLAM. dan tak semestinya mengambil bidang agama tidak akan mampu ke mana-mana. itu adalah ideolagi kotor orang kafir supaya ISLAM sentiasa di kedudukan terkebelakang. be happy, my arts friends. you are the best for all!!!

Thursday, May 10, 2012

secebis memori...

terlayar memoir semalam

senyuman menusuk kalbu

memautkan dua jiwa

meratib kasih berdua

aku di sisimu

persis disapa bayu sore

dingin menghulur salam

lantas

atmaku menymbut mesra

perkenalan kita berdetik mula

hadirmu mereda sanubari

saat dilanda gundah

kala dijemput gelisah

tika dibantai mehnah

teman

hadirmu ini

bagai bintang menyinar

berkelip damai

di hati kerdil ini...

buat sahabbatku yang bakal meninggalkan pusat asasi universiti islam antarabangsa petaling jaya, kumenanti kalian di jannah... amin:)


Wednesday, May 9, 2012

ceritera kasihku...

di sisi ini,
punya bingkisan indah,
yang ingin kunukilkan,
terdetik di sanubari,
yang tak mungkin berulang lagi,
jemari bertarian di kekunci,
mencurah segala isi hati,
kagum menjengah jiwa,
yang tandus kasih saudara,
kala mutiara memanik jernih,
kau hadir persis wayu,
bertiup lembut menyapa,
aku duduk bersimpuh,
meniti langit biru,
indah,
terdetik kalimah halus,
terimbau kecantikan persahabatan,
terhampar di depan mata,
itulah mereka,
sahabatku tercinta,
namamu berpadu di atma,
masakan akanku lupa,
kalian benar-benar,
menggugah tiang cintaku,
terima kasih sahabat...
buat sahabat MRCku, aku sayang kalian... :)

Monday, April 2, 2012

waktu inilah kita perlu garab peluang itu...

" Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."

.

mesti dah selalu dengar maksud ayat dalam surah al-baqarah ni, kan? tak dinafikan, kita dah naik lali dengar ayat ni. tapi percaya tak, hari ini adalah hari yang saya akan mengetuk papan kekunci laptop saya berkaitan ayat ni. mungkin ada yang tak berminat nak baca, mungkin juga ada yang teringin tahu apa isi di dalamnya. ya, memandangkan saya ada ditaklifkan dengan jawatan di institusi yang saya sedang belajar sekarang, jadi tidak salah sekiranya saya nak berkongsi dengan pembaca tentang buah fikiran saya ni.

tak banyak, sedikit pun boleh.. :) oh, ya. bila saya ditaklifkan menjadi seseorang yang agak penting di unniversiti, jadi saya terfikir sendiri, kenapa kita yang dipilih, sedangkan kita tak suka ditugaskan dengan bebanan tanggungjawab. siapa yang berminat untuk menggalas tanggungjawab? semua akan menjwab tak sanggup. hakikatnya, itulah perjanjian kita dengan ALLAH sewaktu di alam roh dulu. bukankah kita yang angkuh bersetuju untuk memikul tanggungjawab sebagai di muka bumi ini. walhal, makhluk yang semuanya tidak sanggup, berat kata mereka. kita terima sahaja.


maka sejurus dilahirkan di muka bumi ini, tergalas tanggungjawab kita sebagai khalifah. tidak dapat tidak, kita kena tanggung jugak benda tu. berbalik semula tentang topik yang kita nak bincangkan tadi. kita tak nak digalas dengan tanggungjawab. buat sahabat-sahabat yang saya sayangi, percayalah kepimpinan yang ditaklifkan ke atas kita itu hakikatnya memang pahit, namun sekiranya hati kita benar-benar lillahi ta`ala, insyaALLAH, DIA akan menganugerahi kita dengan buah yang amat manis.

ketabahan diperlukan dalam tempoh kita memimpin diri serta orang lain. akan tetapi, percayalah nikmat kepimpinan itu akan dapat dirasai sekiranya kita memikul amanah yang telah diberi dengan sebaik-baiknya. petah betu lidah saya menuturkan nasihat ini, sebenarnya saya sendiri pun tidak sekuat yang disangkakan. saya lemah bila diturunkan amanah ke atas saya, malahan tatkala diuji, saya bertambah-tambah lemah. bukan apa, saya merasakan perkara itu terlalu berat dan saya tak nafikan masa 24 jam itu tidak cukup untuk saya menguruskan diri saya sehari-harian.


pernah juga saya bermuhasabah, kalau 24 jam ni penuh dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab, itu adalah lebih baik daripada 24 jam itu terbang tanpa manfaat. kita perhatikan sahabt serta rakan kita yang tidak pernah digalas dengan tanggungjawab yang berat. perhatikan mereka. waktu rehat, mereka sangat relax. namun, apabila didatangkan dengan kerja yang berbondong-bondong, macam-macam alasan yang diberi. malah lebih memburukkan keadaan apabila ada yang dah macam orang tak betul. sedangkan kita yang punya masa yang padat, kita persis biasa.

alah bisa tegal biasa. istimewakan kita ni? :) jadi, bersemangatlah semula, saya yakin setiap keikhlasan yang terlahir dari hati diikuti dengan mahabbah antara satu sama lain serta semangat berpasukan itu akan diganjari ALLAH nikmat yang kita tak mungkin akan menyangka itu adalah nikmat.:)

Sunday, April 1, 2012

ALLAH nak kita bernikah dengan perjuangan dahulu...

"ibu tak benarkan kau bernikah. belajar pun belum habis lagi. habiskan belajar dulu,"

itu ayat ibu ayah kita yang mungkin belum mengerti sebab kita menyegerakan pernikahan. bagi kita yang mengetahui sebabnya memang agak payah nak jelaskan kat kedua-dua ibu bapa kita, kan? tapi itulah hakikat. waktu kita sedang dalam tempoh pengajian, mereka menyuruh kita menghabiskan pengajian, takut nikah awal akan menjejaskan pelajaran. apabila selesai mengaji, disuruhnya kita cari dulu kerja. macam mana nak sara hidup kalau kerja tak ada. bila dah dapat kerja, diusulkan juga pernikahan itu, ibu bapa beralasan bahawa mereka ingin merasa nikmat gaji anak mereka. bimbang nanti sekiranya sudah bernikah, kewajipan terhadap ibu bapa terabai. ya, itulah yang sedang terjadi dalam kalangan masyarakat ita dan ibu bapa saya juga tidak terkecuali. bila tengok kawan-kawan sudah tersarung cincin pertunangan di jari, sedangkan jari manis saya kosong tidak berhias terdetik rasa cemburu. malahan ada juga yang telah mendirikan rumah tangga tahun lepas. lantas, di malam hari yang sunyi tanpa sebarang simfoni alam ni jemari saya mula bertarian di atas papan kekunci ini. rasa nak tulis sesuatu. nak kongsi dengan pembaca yang masih 'membujang' macam saya. hehehe... yalah, saya kan masih bujang lagi. walaupun umur dah 20 tahun(macam promote je kan :))
hakikatnya, ada yang sudah bertanyakan kepada ibu tentang saya. walaupun setakat ni baru seorang sahaja yang bertanya, namun ayah dengan tegas berkata,
"jangan nak nikah dulu, belajar sampai habis!"
hancur jugak sebenarnya hati ni. tapi saya terpaksa menahan sabar saja. bukan semua ibu bapa mengerti bahawa, pernikahan adalah perkara yang perlu disegerakan. sesiapa yang telah melafazkan pernikahan, maka sudah lengkaplah separuh daripada agamanya. ni daripada hadis. bukan semua ibu bapa mampu faham agama secara keseluruhan. ramai yang berpendapat bahawa kena ada harta yang mencukupi, barulah boleh bernikah. sedangkan dalam ISLAM, apabila cukup syarat-syarat nikah, maka sahlah nikah itu. syarat-syaratnya ialah (1)suami, (2)isteri, (3)wali, (4)saksi, (5)ijab dan kabul. harta itu sebagai pelengkap, bukan benda wajib. yang penting harta itu mencukupi untuk kehidupan mereka sekeluarga.

okey, berbalik kepada apa yang saya nak bagitahu seperti tajuk di atas. kepada kawan-kawan serta sahabat-sahabat kecintaan saya. jangan cemburu kepada mereka yang akan mendirikan baitul muslim ataupun yang dalam proses menuju ke baitul muslim. berbahagialah. hakikatnya, DIA nak nikahkan kita dalam perjuangan yang sedang kita duduk sekarang ni. dalam surah muhammad ayat tujuh bermaksud, barangsiapa yang membantu agama ALLAH maka ALLAH akan membantunya dan mensabatkan kedua-dua tapak kakinya untuk perjuangan. dari ayat ni, jelas menunjukkan bahawa, kalau kita bersabar dalam ujian yang ALLAH bagi, insyaALLAH satu masa nanti, DIA akan datangkan kita seorang yang boleh menjadi pendamping hidup kita. kadang-kadang kita tak perasaan apa yang ALLAH nak bagi kat kita. kita sentiasa sibuk nak apa yang orang ada, sedangkan kita tak nampak apa yang kita perlukan... maka sahabatku, bersabarlah... kalian pasti akan dapat juga mengecapi nikmat baitul muslim ini. amin...~


Thursday, March 8, 2012

peperiksaan itu satu kebencian... yeke???

minggu yang paling menyemakkan kepala otak para pelajar uia, minggu peperiksaan pertengahan semester. waktu ni, aku nampak rata-ratanya pasti akan ada sebuah buku dalam genggaman. bersungguh nampaknya nak dapatkan the best result. yalah, markah mid sem ni akan menjadi carry mark untuk final sem nanti, dan sudah tentulah diorang ni nak result yang meLETOP, 4 flat. itu adalah idaman semua. tapi sekarang ni, aku nak korang berfikir sejenak. ni hanyalah imaginasi aku jelah. korang dah stuggle nak dapt 4 flat punya pasal, bila keluar result(na`uzbillah ye), markah koraanglah yang paling rendah. banyak kali korang tampar pipi korang, kelip-kelip mata, dan pengsan untuk berkali-kali. malangnya, result tu masih tak berubah. tak ada lebih, malah kurang pun tidak. apalagi, kalau korang tak matang, confirm wa cakap lu, melalak macam budak kecik tak dapat lolipop... hahahaha... betul, kalau korang tak matang macam tulah... tapi bagi yang matang(matang ke?), muka redha jela. huhu... memang kecewa, tapi kita kena tahu, ALLAH bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak.
haaa, bila korang tak dapat best result, korang akan jadi macam kat atas ni.. memang menyedihkan, tapi kita recall, tujuan utama kita belajar kerana apa?
cuba kita fikir baik-baik... adakah kita stadi hanya untuk exam sahaja. makanya, itulah yang terjadi pada zaman sekarang ni. banyak berlaku gejala yang tidak diingini akan terjadi. belakangan ini, ramai yang terdiri daripada golongan cerdik pandai telah terlibat dengan sindiket pelacuran, keldai dadah, serta gejala buang anak. itulah realiti yang berlaku kini. sekiranya kita stadi untuk mencapai matlamat tertentu dan memenuhi maqasid syari`ah(tujuan syari`ah), insyaALLAH ilmu itu akan melekat bukan sahaja di sodr(dada) bahkan di qolb(hati) juga di fikr(minda). pada pandangan akulah kan, ilmu ni bersifat berterusan. kalau tak, kenapa waktu kita mati nanti, kita akan tinggalkan semua perkara kecuali tiga, pertama doa anak soleh untuk kedua-dua ibu bapanya, kedua, sedeqah jariah, dan ketiga, ilmu yang dimanfaatkan.
inginkan kejayaan itu adalah fitrah manusia. tapi pesanan aku untuk korang, sahabat-sahabat seperjuangan aku khasnya, tajdid niat kita sebelum menimba ilmu ya.. innama `amaalu binniyaat... huhuhu... kata-kata hikmah, manfaat lah ilmu itu dengan sebaiknya, supaya menjadi berguna..
العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر
jadi, ilmu itu mestilah diamalkan ye... sekian.. huhuhu... smile always...

Sunday, March 4, 2012

amek napeh dulu... :)

24/02-26/02, tarikh yang melatih aku untuk menjadi seseorang pemimpin yang berkaliber dan berkarisma(yeke???) tarikh ni bermakna buat aku. kerana di dalamnya ada peristiwa yang amat memalukan. hahahahaha. aku tergolong dalam kumpulan letop, .
afwan adalah ketua kumpulan kami yang terbaik!!! huhuhuhu... bagi aku kumpulan semuanya sporting, tak ada yang zalim tahap zionis!!! muaz yang pelawak, ringan tulang. hanif yang nampak je gila-gila, tapi serius bila melakukan sesuatu perkara. hafiz, nampak steady setiap masa, tapi komited. afwan, ketua yang berwibawa, berfikir setiap kali nak melakukan suatu kerja. syifa, nampak pendiam tapi geliga. hajar, serius tapi ceria. adibah, kreatif tapi tak menunjuk-nunjuk. adib, budak jawa tapi mengaku perakian. hahaha. diba adibah, nampak ceria dan gila-gila, tapi otak sentiasa ada idea. aku bersyukur sangat. mereka melengkapi diri aku dan jiwa aku. aku seronok berkerjasama dengan diorang. walaupun ak ni seorang yang menggelabah, tapi kumpulan aku adalah kekuatan bagi aku untuk berdiri di hadapan. sayang korang!!! malam terakhir, malam yang menjadi usikan yang bermakna buat aku. tapi aku berterima kasih kat diri aku sebab aku beranikan diri ke depan. waktu aku diri kat depan, aku terlepas ayat yang aku tak sangka aku akan cakap. "jap, amek napeh dulu," mulanya, budak-budak ni tak gelak terbalik dunia, tapi orang yang seterusnya, azfar rahimi ajuk balik,
haaaaaaaaa.... tu dia. dia ajuk bulat-bulat. apalagi, pecah dewan dibuatnya. siap cakap ALLAHuakbar. memang suasana jadi hingar-bingar. malunya. tapi itulah yang menjadi titik permulaan bagi aku sebagai seorang pemimpin.
dan yang lebih mengharukan lagi, bila orang selepas aku dan selepas-selepas tu, terus berubah. ada yang buat tarian ball party.
hahahaha... memang tergelak habis lah... aku menangis geli hati. waktu aktiviti masakan, aku alami saat sukar nak nyalakan api. muaz dengan muka tawadhuk meniup api.
sudahnya, che yang tolong. terima kasihlah ye... kalau tak dapat nombor last kot, walaupun hakikatnya kitorang memang dapat nombor last. hahahaha....

Friday, February 17, 2012

satu pengajaran yang bermakna.

hari ni, aku menghadiri kelas taqrir ustaz yaidi. aku agak lambat sikit sebab perut aku diserang rasa sakit yang boleh aku kira agak tak boleh tahanlah. tapi aku cuba tetap hadirkan diri ke kelas walaupun aku tahu, aku lambat hampir dekat setengah jam lamanya. aku masuk kelas. malangnya aku dah tertinggal hampir separuh butiran subjek tu. aku mengeluh kesedihan. ruginya. namun aku yakin pasti ada hikmat. aku bersyukur hari ni, aku dapat hantar tugasan subjek tu lepas je kelas tamat. alhamdulillah. aku bersyukur sangat-sangat. waktu aku nak hantar tugasan tu, aku tiba-tiba teringat soalan yang aku nak tanya. aku mulanya teragak-agak. yelah, aku risau kalau soalan aku tu bukan bidang pengetahuan ustaz tu. bila aku teringat balik, aku yakinkan jugak diri aku untuk bertanya. soalan aku bunyinya begini,
"ustaz, kalau orang menyamakan kita dengan binatang yang haram, adakah haram bagi orang yang menggelar tu untuk menyentuh kita?"
hakikatnya, aku ragu-ragu dengan penyataan senior mengatakan bahawa haram bagi seseorang tu menyamakan saudara muslimnya dengan benda yang haram. aku tertanya-tanya sampai saat aku bertanya dengan ustaz yaidi. akhirnya ustaz yaidi bantu aku menjawab soalan aku tadi. penjelasannya lebih kurang begini...
"sebenarnya, ia bergantung pada akhlak orang yang menggelarnya, sekiranya si penggelar tu masih tak berubah, maka kita jauhkanlah diri kita daripada orang tu. sekiranya orang tu dah bertaubat, maka tu tak jadi satu masalah buat kita untuk terus berkawan dengan orang tu."
aku tanya lagi, bagaimana pulak dengan kes hamba ALLAH ni, dia telah dilamar oleh seorang lelaki, malangnya berlaku perselisihan faham yang berpunca daripada lelaki tersebut yang menyebabkan si lelaki menggelar si perempuan dengan panggilan 'babi'? tenang sahaja jawapan ustaz.
"sekiranya si lelaki tu masih tak berubah, janganlah menikahi orang yang tidak menjaga akhlaknya, dikhuatiri akan menambahkan lagi keburukan selepas menikah. barangkali ALLAH nak tunjukkan perangai sebenarnya sebelum kita bernikah dengannya. jadi kalu dia masih tak bertaubat, eloklah dijauhkan. tapi bab boleh sentuh ke tak, tu tak jadi masalah, tak haram pun, cuma rasulullah sendiri tak pernah menyamakan seseorang tu dengan sesuatu benda apatah lagi yang haram. jadi ini tidak melibatkan soal fiqh, cuma soal akhlah je. lainlah kalau si lelaki tu menyumpah pada perempuan tu."
lantas aku menceritakan bahawa si lelaki itu pernah menyumpah bahawa tidak akan menikahi si perempuan tersebut. dengan tenang dan lembut intonasinya, ustaz yaidi menjawab.
"kalau si lelaki tu dah bersumpah, maka si perempuan tu tak boleh dinikahi. ni barulah melibatkan soal fiqh. sekiranya pernikahan tu masih mahu diteruskan, si lelaki wajib membayar kifarah sebab sumpah bukan perkara yang boleh dibuat mainan. sekiranya nak jugak bernikah, laki tu kena bayar kifarah, barulah pernikahan boleh diteruskan. tapi seeloknya, tak perlulah bernikah orang yang tidak menjaga adab sesama muslim apatah lagi bila dia mampu mengeluarkan kata-kata yang mampu menyakitkan hati orang lain. jauhilah daripada orang tersebut."
baru aku tahu. akhirnya, persoalan aku yang selama ni gantung tanpa jawapan terjawab jugak. kiranya aku boleh simpulkan bahawa, sekiranya ada orang yang mennggelar kita dengan gelaran yang tidak elok dan orang tersebut tak mahu berubah, eloklah dijauhkan daripada orang tersebut. sekiranya dia sudah bertaubat, maka kita sebagai seorang muslim wajib memberi sokongan agar dia terdorong untuk menjaga lidahnya(kata-kata). namun apabila tiba soal penikahan, jika salah seorang daripada pasangan itu memanggil pasangannya dengan panggilan yang tidak elok dan tidak berubah, maka si pasangan yang digelar dengan gelaran tertentu sebaiknya menjauhkan dirinya. terimalah diri pasangan tu andai kata dia telah bertaubat. namun apabila si pasangan itu telah melafazkan sumpah, jangan lah diteruskan pernikahan tersebut. hal ini kerana melafazkan sumpah merupakan isu yang melibatkan fiqh dan sekiranya pernikahan itu masih mahu juga diteruskan, wajiblah membayar kifarah. kesimpulan lain pulak, dalam ghairah ingin mendirikan rumah tangga, hendaklah kita mencari pasangan yang mempunyai ciri-ciri yang telah dinyatakan dalam hadis nabi. maksud hadis,
"dinikahi wanita itu atas empat perkara, kerana hartanya, kerana nasabnya, kerana rupanya, dan keran agamanya. pilihan yang beragama, nescaya berbahagialah kamu."
dari hadis ni, meskipun dia menyebut pilihlah wanita, namun boleh sahaj diaplikasikan hadis ini untuk memilih suami. bukan lelaki sahaja yang diberi pilihan, wanita juga memiliki hak untuk memilih. jika tidak, apa sebab sebelum meneruskan pernikahan, wali perlu bertanya kepada anak perepuannya sama ada bersetuju atau tidak walaupun wali itu adalah taraf mujbir, kiranya ayah ataupun adik-beradik lelaki kandung. tambahan lagi, rasulullah turut menekankan bahawa sekiranya pasangan itu tidak memilik kesemua ciri-ciri yang termaktub dalam hadis, maka pilihlah yang beragama. memiliki agama yang dimaksudkan dalam hadis ialah, mampu membimbing pasangannya dalam proses membina rumah tangga. pentingnya agama ini dalam memastikan baitul muslim terbina kukuh untuk dunia dan akhirat. sekiranya seseorang itu memilih pasangannya kerana agamanya, maka tiada apa yang perlu dikhuatirkan kerana pada hakikatnya dia telah memiliki pakej yang lengkap. jadi, khulasahnya, pilihlah pasangan hidup berdasarkan yang termaktub dalam hadis. :)

Thursday, December 15, 2011

rasa cinta tersemai di sanubari.

macam biasa, hari ni saya teruskan jugak rutin harian, berkerja. shift petang. tak dapat dinafikan, berkerja pada waktu tengahari memang memenatkan tapi kita kena gagahkan diri jugaklah, untuk membangunkan ekonomi sendiri. hehehehehe... hari ni, telah berlaku satu peristiwa yang memberi kesan yang sangat mendalam dalam diri saya ni... dan peristiwa ini juga telah membuatkan saya menghargai perkara yang berada di sekeliling kita. tak lupa jugak, peristiwa ini telah menyedarkan saya bahawa setiap makhluk ALLAH akan ada kelebihan, kelemahan, dan ujian yang tersendiri. petang tadi, lepas solat asar, saya keluar rehat, rancangnya nak pergi beli tauhu bakar, tapi bila tengok pisang goreng, slurpppp... meleleh air liur ni rasanya. :) sebelum pergi gerai goreng pisang tu, saya nampak ada seorang emak bersama anaknya yang berderet-deret. ramai jugaklah. si emak melangkah ke eskalator bersama anak-anak. semua ikut kecuali sorang tu. perempuan. umur, adalah dalam 4 tahun rasanya. kelihatan si kecil tu takut-takut nak melangkah ke tangga elektrik tu. puas abangnya menarik tangan si adik, tapi dia berdegil dan lebih memburukkan keadaan lagi apabila si adik mula mengalirkan air mata. sedihnya. saya sekadar menjadi pemerhati, namun, entah mengapa saya yang tak pernah minat dengan budak-budak serta-merta mendukung kanak-kanak kecil tu dan membawanya turun bersama saya. waktu tu, hati saya bergolak, mengapa boleh jadi begini. secara jujurnya, saya memang tak sukakan budak-budak, lagi-lagi yang nakal. saya tak minat. pernah satu hari tu, saya tengah rehat. saya duduk kat troli angkat barang. tengah syok melayan rasa kue tiow goreng, tiba-tiba ada budak laki goyangkan troli yang saya sedang duduk. apalagi, marah ni mendadak membara. saya berkalih ke arah budak tu, terus saya marah dia. takut-takut si budak tu lari. tapi peristiwa yang baru berlaku tadi telah membuahkan rasa kasih saya terhadap budak kecil, terutamanya  budak perempuan....:)

Tuesday, December 13, 2011

'keris' ke 'bulan purnama putih'

malam ni saya rasa nak kongsi dengan semua tentang satu perkara ni. mungkin agak pelik, tapi percayalah. ini adalah hakikat yang berlaku pada zaman sekarang ni. ya, zaman kini dan kita takkan sekali-kali menyangka bahawa perkara ni akan berterusan sampai bila-bila selagi kita tak ubah gaya hidup kita. oklah, saya tak nak cerita meleret-leret. cuma, tiba-tiba saya tergerak nak luahkan semua ni. lepas tunaikan solat maghrib, terus keluar cetusan idea ni. hehehehehe... saya tiba-tiba tertanya, ramai pasangan dapat menjalani hidup dengan penuh kebahagiaan, tapi apakah berlaku di sebalik kebahagiaan tu? hurm, confirm ada banyak konflik. hah! macam mana pulak dengan pasangan yang baru merancang nak membina masjid tu? oklah, sebenarnya saya nak sampaikan satu mesej kepada semua, tapi saya nak ceritkan dua kisah, dua situasi, dan satu mesej yang sangat-sangat bermakna. ok, saya start cerita eh...

situasi pertama...

seorang anak lelaki, faiz(rekaan semata-mata) sedang duduk bersantai bersama ibu dan ayahnya... ayahnya menyoal tentang pasangan pilihan. si anak bukan main riang hatinya. yalah, dah nak dapat lampu hijau untuk mendirikan rumah tangga.

ayah: nak, kamu dak jumpa pasangan hidup kamu?
anak: pasangan hidup? laki ke perempuan?

ayahnya terkejut sakan... takkan anaknya tak tahu. dilihatnya si anak sedang tersengih macam kerang busuk sewaktu disoal tadi.

ayah: kamu ingat ayah main-main ke? perempuan lah.
anak: oh, maaf ayah. sebenarnya, iz dah jumpa orang yang iz minat tu, cuma tak tahulah kalau ibu dan ayah boleh berkenan ke tak dengan dia.

si ibu gesit mencelah...

ibu: dia ok tak?
anak: dari cerita kawan iz, dia alhamdulillah, nampak memenuhi yang dikehendaki. rupa yang sederhana, anak orang yang agak berada. dengar kabar, ayahnya dato`. maknanya dia berketurunan yang baiklah. orangnya, bertudung labuh sentiasa. dia antara pelajar yang cemerlang di universiti.

setelah berpuas hati dengan penjelasan si anak yang agak ringkas tu, tibalah waktu si ibu bertanyakan soalan yang tak pernah terlintas di hati faiz.

ibu: dia 'keris' ke 'bulan'?

gulp... faiz tersentak. tak sangka sampai ke situ sekali. lambat-lambat dia menyusun bait kata. dia tertunduk khuatir.

anak: dia 'bulan', ibu. 'bulan purnama putih' lagi.
ibu: 'bulan'? faiz, baik kamu tinggalkan sahaja hajat kamu tu. ibu tak nak kamu terpengaruh dengan apa yang dia pilih. kamu ingat, keluarga ni tak pernah sekali-kali mengambil menantu selain 'keris'. ibu tak suka. ibu ni puteri 'keris', jangan malukan ibu...

sedihnya di hati faiz hanya ALLAH yang tahu. nampaknya, dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk memperisteri wanita tersebut. sedihnya....


situasi kedua...

hafiz(rekaan je) sedang duduk meneliti langit nan biru lakaran sang pencipta. terdetik kagum di sanubari. ralit dia melayani bahtera perasaan, tanpa sedar walid dan umminya berada di belakangnya, memerhatikan sahaja gelagatnya dari tadi. walidnya datang menyapa.

walid: walid tengok, anak laki walid ni termenung je. fikir calon isteri ke?
anak: lebih kuranglah tu , walid. tapi iz tak pasti kalau pilihan iz ni tepat atau tak.
walid: dah buat istikharah?

soalan tersebut dijawab dengan anggukan

anak: tak dapat petunjuk lagi. walid, iz ada tanya sahabat iz tentang perempuan tu.
walid: menarik ni, walid nak tahu jugak tentang gadis tu.
anak: dia ada segalanya yang telah disebutkan dalam hadis tu. orangnya, sederhana dalam semua perkara. rupanya mampu menyejukkan hati walid dan ummi yang melihat. dia bukanlah anak orang kenamaan, tapi keluarganya adalah dari golongan yang dihormati. agamanya, insyaALLAH pada iz ok.
walid: kalau macam tu, kenapa tak menghantar rombongan meminang ke rumah dia?
anak: iz musykil satu perkaralah walid.
walid: apa dia?
anak: walid tak kesah, fikrahnya berbeza dengan fikrah kita?

oh, ini yang anakku risaukan ni... monolog walid dalam hati sambil mengukirkan senyuman. ummi yang sedari tadi menjadi pemerhati lantas menyumbang buah fikiran.

ummi: iz, tentang tu, jangan risau. sekiranya dia agamanya baik, jadi ummi rasa tak jadi masalah pada fikrahnya. urusan tu boleh ditangani. lama-kelamaan dia akan terima jugak. ummi dan walid sedia terima bakal menantu walaupun berlainan haluan. bagi ummi, agama dia yang penting.

tersenyum hafiz kelegaan. ternyata, ummi dan walidnya benar-benar berfikiran terbuka dan tidak menjumudkan minda mereka meskipun bakal orang baru adalah dari haluan yang bertentangan.


ha...
macam mana? dapat tangkap tak apa yang saya nak sampaikan ni? jika dihayati kedua-dua kisah ni, ternyata keluarga yang pertama tadi lebih bersifat jumud dalam mencari pasangan hidup untuk si anak. sanggup menghalang hasrat anak atas sebab berbeza fahaman politik. ibu bapa kedua pulak, berfikiran lebih terbuka. mereka lebih menekankan aspek taqwa dalam memilih calon menantu. begitulah, sahabatku. ini yang banyak berlaku di tempat saya. banyak pengakuan yang saya dengar. kebanyakan ibu bapa 'keris' ni takkan terima menantu 'bulan purnama'. pelikkan? bukan kita nak mengumpat ye, tapi saya dengar dengan telinga sendiri. saya tak sangka. barangkali mereka tak menghayati maksud ayat dalam surah hujurat( maaf, lupa ayat ke berapa), seseungguhnya orang yang paling mulia di sisi ALLAH adalah orang yang bertaqwa di antara kamu. sepanjang saya hidup, belum pernah lagi jumpa dalil mengatakan bahawa, semulia manusia adalah orang yang memilih 'keris' dalam menegakkan perjuangan tanah air... hehehehehe... memang tak ada dalil tu. kalau ada, mungkin mereka yang buat mazhab sendiri lah... mazhab 'kerisi'... hehehehe... ish, biarlah. tapi bagi saya, kalau nak pasangan hidup, peganglah pada firman ALLAH tadi berserta hadis RASULULLAH tadi... :)

Sunday, December 11, 2011

kisah benar...

malam ni saya rasa saya nak kongsi sesuatu dengan semua. berkaitan dengan kesabaran, pengorbanan dan keimanan seorang muslimah yang baru sahaja setahun memeluk ISLAM. dia merupakan seorang asisstant supervisor di tempat kerja saya. awalnya, saya menyangkakan bahawa dia sememangnya ISLAM. satu hari(perbualan ni berlaku tiga bulan yang lalu), sewaktu melakukan pricing(letak harga kat barangan) di bilik stor bersamanya, saya berkesempatan untuk berbual-bual dengannya. perbualannya berkisar begini.

" kak zahra(nama ISLAMnya), akak asal mana?"
" kota kinabalu, sabah"
" akak etnik apa?"
" sino-kadazan(kadazan, tapi bangsa cina)"
" ada ek orang kadazan orang ISLAM?(maaflah soalan nampak macam lurus, tapi nak tahu punya pasal)"
" diorang tak cerita kat siti ke yang akak ni sebenarnya..."
" sebenarnya apa kak?"
" akak asal kristian katholik."

sungguh. hati saya terkejut laksana halilintar menyambar bumi. rasa tak percaya. tapi itulah hakikat yang berlaku. tak sangka. dia tunjukkan kad daftar sebagai muallaf. mengikut butiran yang terdapat pada kad tersebut, dia merupakan orang yang pertama memeluk ISLAM di melaka. saya jadi kagum. terdetik di hati ni nak tanya lebih sikit. tentang reaksi family. bila ditanya, dengan tenang dia menjawab, keluarganya tak dapat terima hakikat bahawa anaknya telah memeluk ISLAM, dipaksa si gadis agar balik ke agama asal. akak tu tak nak. alasannya, dia dah lama sayangkan ISLAM. dia pernah cerita, sewaktu dia masih kristian, dia pernah bermimpi, dia ternampak naskah AL-QURAN ada di dalam tandas. dia bingung. apa yang harus dilakukan. dalam keadaan yang tidak mengizinkan tu, dia tak punya pilihan lain kecuali mengalihkan kitab tu ke tempat yang suci. setelah dialihkan, dia terus tersedar dari mimpi. barangkali ALLAH nak bagi hidayah kepada orang yang dikehendaki. ok, berbalik semula kepada reaksi keluarganya tadi, dia ada cerita banyak tentangan terutamanya daripada bapanya sendiri. tabahnya dia walaupun diugut bunuh, nak bawak naik mahkamah sivil, dilarang berkahwin. macam-macam. tapi kakak tu buat macam biasa. dia teruskan jugak pendiriannya nak berpegang dengan agama ALLAH. itu nekadnya. berkat kesabaran dan ketabahan hati, tak sampai setahun, dia telah diterima baik semula oleh ahli keluarga, emaknya lagi-lagi. kalau dulu, waktu saya kali pertama jumpa dia, dia kelihatan gelisah dan muram. sekarang, ternyata lebih ceria. benar, ALLAH itu MAHA BENAR. DIA akan bersama orang yang bersabar. innallaha ma`as sobirin.

tu tentang seorang gadis yang baru peluk ISLAM, macam mana pulak dengan kita yang sedia ISLAM ni. sememangnya dugaan kita berbeza-beza dengan individu lain. tapi cuba kita kaitkan dengan penglibatan kita dalam kegiatan dakwah ISLAM dengan reaksi keluarga kita terhadap diri kita. tak ramai yang faham mengenai perjuangan ISLAM. ada keluarga yang mempunyai fikrah islamiyyah yang kukuh dan ampuh, kalau anak masuk bergiat aktif dalam dakwah mereka bagi galakan yang mantop. ada jugak keluarga yang melarang anak melibatkan diri dalam aktiviti dakwah, lebih sedih lagi bila ditentang keras. benar, menyedihkan. saat kita perlukan sokongan, waktu itulah kita disisih oleh orang yang kita sayang. waktu kita perlukan perlindungan yang tersayang, kala itulah mereka menolak kehadiran kita dalam keluarga lantaran 'tak sebulu'. akhirnya, kita berserah diri. ya, kita pasti akan meleleh air mata bila terkenangkan dugaan yang menimpa diri kita. saya pernah alami perkara sebegini. atas nasihat sahabat-sahabat saya, saya kembali kuat kerana yakin janji ALLAH pasti akan tiba. ada seorang hamba ALLAH ni, pernah ingatkan saya, dugaan yang saya terima ni tak sehebat dugaan pada waktu ISLAM baru nak berkembang. sekarang ni ISLAM dah diterima semua, cuma masih ada yang tak faham ISLAM sepenuhnya. saya berfikir sendiri. betul, dugaan saya tak payah mana. ada yang lebih perit. dari situlah, saya cuba bangunkan semula diri saya meskipun saban hari saya terpaksa menadah telinga mendengar sindiran dan kata-kata pedas ibu terhadap saya(hanya kerana saya berfikiran harakah islamiyyah, saya tak mengizharkan cuma saya cuba tunjukkan contoh yang baik), namun saya masih kuatkan diri saya dan jauh di lubuk hati, saya berdoa supaya ibu dan ahli keluarga yang lain terima saya serta pendirian saya seperti mana kakak muallaf tadi diterima baik oleh keluarganya semula. saya tak mengharapkan apa-apa daripada mereka melainkan restu, faham dan redha. kalaupun mereka tak sertai, tapi sekurang-kurangnya mereka boleh terima diri saya seadanya.

Saturday, December 10, 2011

nak tahu satu perkara???

zaman sekarang. apa yang kita nak cerita tentang zaman sekarang??? hurm, rasa-rasa macam tak ada kan? tapi hakikatnya, banyak yang boleh kita kupas berkaitan zaman sekarang ni. salah satunya. hehehe... cinta... bila cerita pasal cinta, orang akan sebut, cinta tu buta. jom kita baca kisah pendek yang ada kat bawah ni. eh, sabar. tunggu saya tulis dulu... :)

dikatakan suatu masa, seorang gadis, amirah(rekaan sahaja) telah berkenalan dengan seorang lelaki, amir(juga bukan nama sebenar). asal perkenalan mereka adalah melalui khidmat pesanan ringkas, atau bahasa kasarnya, sms. satu hari, mereka ber'sms'. ayat cintan-cintanlah...:)
amir: sayang, abang cintakan sayang sangat-sangat. sayang cintakan abang?
amirah: sayang cintakan abang jugak.
amir: ayang, jangan tinggalkan abang tau.
amirah: sayang takkan tinggalkan abang. cinta sayang hanya untuk abang.
amir: sayang, abang rindu kat sayang. abang nak jumpa sayang, boleh?
amirah: boleh abang.

mereka pun membuat temujanji. tempatnya sangat mencurigakan.
gelap...
sunyi...
maka syaitan pun galak berkerja untuk menyesatkan anak adam yang sedang kemaruk bercinta ini...
tanpa disedari, dua insan yang dahagakan cinta itu telah melakukan perkara yang tak disangka. terlanjur tanpa ikatan yang sah. na`uzubillah min zalik. perkara yang tak sepatutnya diserahkan, ranap begitu sahaja.

amir: sayang, inilah bukti abang cintakan sayang. abang tak nak kehilangan sayang.
amirah: sayang sanggup serahkan jiwa dan raga kepada abang. sayang tahu abang cintakan sayang sorang...

ditakdirkan, beberapa bulan kemudian, amirah telah menghidap penyakit 'misteri'. setelah membuat pemeriksaan doktor, perkara yang tidak diingini telah berlaku. ada nyawa lain yang telah wujud dalam rahimnya. cemas di hati tidak mampu tergambar oleh kalam manusia. takut, usah diekspresikan lagi... amirah menjadi anome(hilang arah tujuan). dia kepingin memberitahu amir, malangnya kala ingin menelefon si lelaki melayu terakhir miliknya, buah hatinya tidak langsung menjawab panggilan. lebih merumitkan keadaan lagi apabila suara operator yang menjawab. maknanya, nombor dah tak ada dalam talian lagi. tiada servis.

waktu itu, amirah hanya mampu menangis, menangis, dan menangis. nasi dah menjadi bubur(bubur siap dimakan... hehehe). barang yang dah berlaku, tak guna dikesalkan... akhirnya, amirah keseorangan menghadapi hidup yang gelap akibat perbuatan lampaunya.

kesimpulannya...
mudahnya syaitan menyesatkan kita dengan permainannya. digula-gulakan kita dengan mainan dunia yang kita rasakan cukup indah pada awalnya, namun tatkala menemui penghujungnya, duka yang melara sanubari. cinta. hanya kerana kalimah, aku cintakanmu, raga diserahkan tanpa ragu-ragu. angkara lafaz, kaulah nyawaku, anak yang tidak berdosa dibuang merata-rata. dek kerana laungan 'lautan api sanggup ku redah kerana aku cintakanmu', anak yang tidak sah itu dihina pada mata masyarakat. sedihnya, itulah yang berlaku sekarang. na`uzubillah.

cuba kita renung-renungkan, cinta kita kepada ALLAH bagaimana? adakah sanggup meredah sepertiga malam untuk ber'dating' dengan-NYA? adakah kita sanggup melangkah ke medan dakwah walaupun DIA telah menjanjikan syurga yang begitu indah, tak mampu terbayang oleh mida kerdil kita? adakah kita bersedia dibenci masyarakat yang jahil lantaran kita ingin menegakkan kalimah agung, yang tak dapat ditandingi oleh kalimah cinta berapi manusia hina-dina? wahai sahabat, mari kita hayati semula diri kita. sekiranya kita merasakan ALLAH tak pernah memberi nikmat-NYA, kita fikir semula. apakah yang telah kita lakukan untuk meraih redho-NYA. ini hanyalah sedikit buah fikiran saya. hati ini tercuit sedikit apabila saya memerhatikan perkara yang berlaku di sekeliling saya. malam ini, saya ingin menukilkan buah fikiran saya. jadi ini adalah untuk tatapan buat sahabat-sahabat dan juga diriku. sama-sama bermuhasabah, ya. :)

-indrakiller92-

Tuesday, December 6, 2011

layakkah aku di samping-MU

jendela terbuka luas
menyapa sang rembulan yang tersenyum girang
kualihkan ainku meniti langit nan hitam
gesit kalbu detik berkata
indahnya DIKAU menciptakan alam
sifat rahman-MU mengisi atma
yang kian dimamah lagho
hati ini berdetak kagum
namun...
rasa kerdil kuat menerjah
lantaran diri ini galak menempah dosa
apakah aku ini masih dikasihi-NYA
layakkah aku di samping-MU?

Saturday, October 15, 2011

mungkinkah...

kala dinihari...
aku sendirian...
melodi melankolik mengisi sepi...
namun...
kalbu ini persis merindui...
cinta dari ILAHI...
sanubariku merintih...
ya ALLAH...
aku lemah melawan mehnar dunia...
aku mohon...
berikan kekuatan...
aku tak berdaya...
melawan godaan buana ini...
serasa diriku...
laksana lalang kering...
yang menanti waktu untuk dibuang...
ampunkan aku ya ALLAH...
aku hamba yang lemah...

Sunday, October 2, 2011

سينتهي الامتحان غدا

the exam will come to the end, means that i will finish my third semester in iium. alhamdulillah, i hope, everything will go smoothly as i never thought that the questions might as hard like this... really i never thought about it. i just thought that i can perform the best in my exam... but unfortunately, the questions were damn tough... ugh, i felt that i wanted to scream as loud as i will since i just browsed every single page without focusing on the certain terminologies... i just handle it to ALLAH... hope that i can grab what i wish here and hereafter...

Wednesday, September 21, 2011

جدوال الامتحان النهائي للفترة الثالثة

يوم الأربعاء 28،09،2011
النحو العربي

يوم الخميس 29،09،2011
الصرف العربي

يوم الجمعة 30،09،2011
أساليب الكتابة
الكمبيوتر

يوم الإثنين 03،10،2011
المقدمة للعلوم الإنسانية

Monday, August 8, 2011

mrc friendship day...

today, we will collect the orders from students. after that, we will settle all the order before we distribute to the receivers... the stuffs are not expensive. we sell them proportionally with students` requirement... :)

Saturday, July 9, 2011

really exhausted!!!

i went to petaling jaya for a course. leadership course absolutely. mrc. i was appointed as a vice secretary for mahallah ummu salamah. at first, i didn`t want. but as the time passes, i felt that, why not i give myself a try. maybe, i still don`t try to be in it. i accepted it. then, i just went back from pj. i couldn`t deny that i was very tired and almost wanted to fall asleep. but, i still have tasks to be done completely. my arabic tasks, ops!!! i mean assignment.. hahaha... you know, i never went to this such activities before. but i just considered it as my challenge to be the best among the best. come on, this such course actually trains us to be a well-managed person in preparing our time schedule better. hehehehe... erm, perhaps, this may help me to be more well-prepared. hahaha... i felt satisfied enough as i could grab a chance to experience it on my own. :)

Thursday, May 5, 2011

my schedule on the first semester, 2011/2012

siti aishah binti muhamad amin, 104399
bachelor of arabic, centre for foundation studies, iium nilai.

monday
10.00 a.m - 12.00 p.m
GHM 2283
introduction to human science

12.00 p.m - 1.00 p.m
ISM 2112
computer 1


tuesday
10.00 a.m - 12.00 p.m
ALM 2123
grammar in arabic

12.00 p.m - 1.00 p.m
ALM 2133
changes in arabic


wednesday
11.00 a.m - 12.00 p.m
ISM 2112
computer 1

2.00 p.m - 3.00 p.m
GHM 2283
introduction to human sciences

3.00 p.m - 5.00 p.m
ALM 2143
writing skills


thursday
8.00 a.m - 10.00 a.m
ALM 2133
changes in arabic

10.00 a.m - 11.00 a.m
ALM 2123
grammar in arabic

Sunday, February 20, 2011

what the most important is...

i read a newspaper a few days ago... you know that i damnly like reading... reading is a part of my life and i consider books as my lover or perhaps as my children as well... hahahaha... along my moments confronting in my final exam, i knew a lot of things that were totally contrasting with the reality or in other word is out of the fitrah... i read kosmo, one of the most famous and well-known newspapers in malaysia... i was interested in a topic... i was about an award that had been given to the chinese as a maulidur rasul award.. i was surprised!!! really and totally... a chinese was chosen to get a malidur rasul award!!! what on earth??? and what the hell??? i never expected this would become like this... the reason was that chinese got excellence in his arabic paper... please!!! they are a lot of musleems that can be good examples for others, but why must be chinese??? he`s non-musleem... i don`t know what to say... everything`s in chaos!!! the concept of 1malaysia has been taken wrongly by all... the priority should be the religion. though this is a multi-racial country, but we can take the racial matter is the simplest thing as the reason, the small matter can be a big problem... oh, my country... please, i don`t want this thing to happen...

Friday, December 31, 2010

huhuhuhu....

my mid semester vacation is almost over. after this i have to manage all my bussinesses including muet, malaysian university english test. i want to sit for the exam in malacca. but i`m not sure where??? maybe in sultan muhammad in batu berendam. or maybe in munshi abdullah, nearer by my uncle`s school. he`s a form 5 student and will be having spm soon... then i have to struggle more for my success in this second semester.. i don`t want to be defeated due to my laziness. i couldn`t bare to see my parents disappoint. it may make me cry. after finishing my first year studies, i have to wait for my second year studies and along the waiting, i`ll be having a 3 months vacation with jobs and without any short semester. the rest who have the torturing short semester will be in nilai for about 4 months. i guess so... :)... oh... i don`t how my luck will be for the next year... i hope its better than before and i want my name to be listed in dean`s lists. but with the one and the most crucial conditon, strive for your success for the sake of my religion, my nation, my family and myself as well...

Friday, October 1, 2010

totally bored in my own home....

hahahahaha.... at last i click to this blog. finally, i open it... now i`m having my first semester holiday for about two weeks... after that, i`ll be going back to my deathly hostel and i`m going to have my second semester. and this semester, i won`t be meeting with my english classmates. i`m definitely sure that i`ll miss them too much. specially the boy named akashah. he`s my closed classmate. for me, he`s too intelligent. he comes from kedah and he was a student from kubang pasu integrated boarding school. he eves used to be a science stream student. same as me.... sometimes, during lecturing period, he would be on time. the latest time that he ever come was five minutes after the session starts.... hahahaha... he`s funny.... and not only that he`s a helping man. and last but not least, he`s quite nervous when he stands up in front of the class, giving a presentation. i still remebered during the fim class. i saw him present and at the same time, he was sweating!!! hahahahahaha. i just laughd at him. ahakz.....

Monday, September 27, 2010

huhuhuhu.... exam is over!!!!


guess what??? my final is over!!! hahahaha... i`m so happy and i`m in the cloud nine!!! totally happy... you know what!!! i was facing complications while having my speaking and listening test.... whoa!!! i bet i`ve left a lot of words or answers in the answering paper.... while speaking... the worst part!!!! huh!!! so irritating.... i didn`t get ready totally, at last i just said to the respective lecturer, " asifni ya ustaz, la astati`u. la `aarif jidan an atakallama fil lughotil `arobiah" then ustaz just said, " la baksa" i think this was the most terrible exam that i ever had before this.... hahahaha....

Friday, September 17, 2010

huhuhuh... eid is almost over!!!


i hate that... i hate that... the holiday is getting to finish... ha!!! gosh!!! after this i`ll be having final exam. i didn`t prepare anything... books, pens... all are estranged... i never used them along this holiday... what the hell i`m doing that... huhuhuhuhuhu... i miss my school... totally... i feel that i`m getting older faster....

Monday, September 13, 2010

hahahahahaha...

eid is on!!! huhuhuhuhu.... guess what??? i was having a very pleasure time in my hometown in johore... i went to my uncle`s home in kluang... huhuhuhuhu... i did not know how to figure out my feelings... everything mixed... hahahahaha...

Sunday, September 5, 2010

eid mubarak


huhuhu... eid is around the corner!!! hm... i don`t prepaare any single prepartion... gosh...

photo freak!!!

photo freak!!!
get these!!!